FORM SIX??

assalamualaikum~

yeay!~ aku dapat masuk form 6..haha..
boleh lak camtu..oramg punya la tak mau masuk an...
sebenarnya aku pun sedih la jugak an...bila cek ja matriks tadi tengok2 tak dapat..:(
tapi aku dapat f0rm 6!
haha...
pakai baju sek0lah lagi la aku jawabnya...:p
jadi,oleh sebab nak menghiburkan hati yang gundah gulana ni aku pun search la kat internet pasai f0rm 6 la..
nak tau apa yang aku dapat??
haha...
j0m baca sama2 nah..



Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok la tuu.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek laaa.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, entahlah… tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang nie. 

Taraf Sijil STPM

  • Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, power tuuuuuu… Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.
  • Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level… setaraf tu… yang diambil oleh kebanyakan budak omputih luar negara untuk masuk universiti.
  • Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM – Junior Cambrige.. kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
  • STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita.
  • Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau…

Kelayakan Bekerja Dengan Kerajaan

Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan
  1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
  2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU
  3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
  4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.
Senang cerita dapat 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain tu 3 atau 4 subjek pun mestilah gred C. Itu paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan.

Kelebihan Ambil 5 Subjek

Kelebihan ambil 5 subjek ni boleh beri banyak pilihan untuk pilihan bidang di universiti nanti, di samping boleh backup pointer contohnya budak dapat 5 principal C tak sama dengan budak dapat 4 principal C. Pointer budak 5 principal lebih tinggi berbanding budak dapat 4 principal.
Pointer lebih tinggi lebih senang masuk universiti atau minta kerja dengan kerajaan yang mensyaratkan pointer STPM 3.00 dan ke atas. Contohnya 5 principal B iaitu 3.00 darab 5 = 15.00/4 = 3.75 (CGPA), budak dapat 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 = 12.00/4 = 3.00 (CGPA). Cuba lihat jauh betul perbezaan pointer nyakan. Tapi bebanlah sikit ambil 5 subjek ni, antara 3.75 – 3.00 = 0.75 jauh tuu…
Penggantian Subjek
Untuk menjelaskan lagi tentang STPM nih, bagi kemasukan ke IPTA atau kerja, berdasarkan penggantian subjek;
ok macam nie…
Katakan orang tu ada SPM dan ada STPM dalam masa yang sama, katakan subjek ekonomi di peringkat SPM dia tak dapat kredit (kepujian), tapi dia dapat prinsipal (lulus penuh) dalam subjek ekonomi diperingkat STPM.
Waktu nak apply atau masuk u nanti, katakan ada kursus syaratkan mesti dapat kredit dalam subjek ekonomi pada peringkat SPM tapi dia tak kredit. Oleh itu bolehlah digunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM tadi untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi diperingkat SPM tadi.
Maksudnya apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yg sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau cover nilai subjek yang sama diperingkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.
Kiranya orang prinsipal subjek yang sama diperingkat STPM dikira dapat kredit (kepujian) juga bagi subjek yang sama di peringkat SPM pula.
Sebenarnya dapat lulus sebahagian (subsid) bagi subjek yang sama di peringkat STPM sudah memadai atau dikira dapat taraf kepujian (kredit) bagi subjek yang sama diperingkat SPM pula. Syaratnya hanya subjek yang sama ada pada 2 peringkat iaitu SPM dan STPM.
Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh cover subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tak boleh subjek yang sama di peringkat SPM ganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi dari taraf SPM.
Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.
A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.
O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.

Pembelajaran Di Tingkatan 6

Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.
Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak.
Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six ni seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form six nilah satu-satunya jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form six zaman dulu.
Ianya peringkat pra-u, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar.
Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form six ni. Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah.
Masuk form six ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan top 5 tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.

Gred STPM

Ini gred STPM bagi yang saja nak tau,
Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00
Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00

Sukatan Pelajaran

Form six ni kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.
Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu form six yang pakar dalam bidangnya.
Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.
Sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil STPM haruslah sekurangnya dapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.




dah baca??
haa..hebat gak an form sin nieh..
ni yg nak belagak nieh..:p


tp subjek dy mesti susah punya..
tp xpa!dimana ada kemahuan di situ ada jalan!
:D





tapi semua tu sementara ja KALAU aku dapat U yang el0k...kursus yang ditawarkan pun el0k..
bye-2 la form 6~haha..

tapi tu semua KALAU...

KALAU aku tak dapat U yang elok..,nampak gayanya ambek STPM la aku..haha..

kita hanya mampu merancang..
tuhan yang menentukan..:)





CIWI~ =='



assalamualaikum!
hehe...
selamat malam semua!
ampa sihat??
dah makan??
hee~nampak tajuk kat atas tu pun dah tau dah kan...
entry kali ni memang annoying sikit..hehe..

eh!bukan sikit!tapi banyak...haha..

aku dapat laptop baru!!
haha...senang,straight to the point..:p


bukan dapat la...tapi beli..hehe..
nama dia ASUS A43S..

err..terus terang aku cakap,aku pilih laptop ni pun bukan sebab dia punya spesifikasi ka apa..

tapi sebab warna dia ja...hehe..warna putih!!
;p


memang la ada laptop model lain yang warna putih gak..tapi dah abang tu asyik duk promote model ni ja..
aku pun beli yang ni ja la.

hehe...aku tak pandai langsung bab2 komputer nie..

balik2 search kat internet baru la aku paham sikit2..:p
senang en kalau nak tipu aku pun..ish..=='

kalau nak suruh aku cita memang aku tak pandai lansung la an..
nah tengok la sendiri spesifikasi dia ni..
:)



Processor
Intel® Core™ i5 2410M Processor turbo boost
Operating System
Genuine Windows® 7
ChipsetIntel® HM65 Express Chipset
MemoryDDR3 1333 MHz SDRAM, 2 x 4  for expansion up to 8 G SDRAM
Display14.0" 16:9 HD (1366x768) LED Backlight
Graphic1 GB Nivida
Storage
500GB 5400rpm/7200rpm 
Optical DriveSuper-Multi dvd
Card Reader3 -in-1 card reader ( SD/ MS/ MMC)
Camera0.3 Mega Pixel Fixed web camera
NetworkingIntegrated 802.11 b/g/n
Built-in Bluetooth™ V3.0 HS (Optional)
10/100/1000 Base T
Interface1 x Microphone-in jack
1 x Headphone-out jack 
1 x VGA port/Mini D-sub 15-pin for external monitor
3 x USB 2.0 port(s)
1 x RJ45 LAN Jack for LAN insert 
1 x HDMI
AudioBuilt-in Speakers And Microphone
SonicFocus
Altec Lansing® Speakers
Battery6Cells : 5200 mAh 56 Whrs
Power AdapterOutput :
19 V DC, 4.74 A, 90 W ((Dual Core)) , 120 W ((Quad Core))
Input :
100 -240 V AC, 50/60 Hz universal
Dimensions34.8 x 24.2 x 2.95 ~3.48 cm (WxDxH)
Weight2.44 kg (with 6 cell battery)


dah paham??
haaa...bagus2..hehe...


ni la post kedua aku pakai laptop sendiri..:)
showw off sikit..:p
jangan marah ey...hehe..

nanak??beli la..cantik tau..dia ada warna putih,merah,biru dengan hitam..

banyak pilihan an??
harga dia pun ok la..2000++
berpatutan kan..


tunggu apa lagi??
serbu!!!!
:p
bye2~~



****pic source-mrs.google..
malas nak upl0ad sendiri..:p

perangai macam budak-budak!
matang la skit...





interview!

assalamualaikum semua!
ampa sihat??
makan x lagi?
hehe..
saja buat ramah sikit satgi ampa kata aku sombong pulak kan..
wei2!
hari tu aku pi interview!
haa...sebab tu la aku update bl0g hari  ni...nak cerita la sikit pengalaman aku pi intrerview..
macam ni la..meh aku cerita dari mula eyh??
aku pi interview tu hari ahad..dekat seksyen 17 uitm shah alam..
eh!lupa lak nak bagi tau aku pi ni untuk temu duga tesl..
hehe...xtau tesl 2 ap??
hmm...aku nak bagitau pun aku tak tau..tapi dia macam cikgu omputih tu la...:p
interview aku tu pukol 2...jadi,aku ngan maklang aku bertolak dari rumah lebih kurang pukul 9 macam tu la...perjalanan nak sampai shah alam tu xdak la jauh sangat aku rasa..
cuma bila dah sampai nak cari seksyen 17 tu yang banyak makan masa...
asyik pusing2 ja kat situ...haha..
puk0l 12 lebih2 kami sampai kat fakulti pendidikan uitm shah alam tu la..
bila dah sampai,makan2 dulu..
urus diri..pastu baru la siap nak masuk interview..hehe..tapi betol aku cakap...time ni langsung aku tak rasa takot ka apa ka..langsung tak!
maybe sebab first2 ujian bertulis kot..sebab tu la aku tak rasa apa2..
ok!aku dapat panel 6 time interview nieh!
jadi,time ujian bertulis ni aku ditempatkan di dewan dedaru...
sebelum nak tunggu pukul 2 tu kan,ramai gila orang yang duk tunggu luar dewan...
aku tengok depa semua macam dah pro speaking...
time tu mula la aku rasa tak sedap hati..:p
yala...cakap ngan family pun speaking,nanti nak cakap ngan orang len confirm la lancar ja an...
hmm...tunggu punya tunggu akhirnya dewan tu pun dah bukak..
masuk2 dalam tu, aku tengok atas meja semua ada kertas..
aku duk tengok gak aw,kot2 la atas kertas tu ada nama siap2 malu gak an kalau salah tempat..
tapi tak dak pun..hehe..
aku duduk agak depan la...barisan nombor 2..
nak kata semangat tu tak lngsung!
tapi dah takdak kawan an,baik aku duduk dekat dengan pintu..hehe..
bila dia dah siap bagi arahan semua pasal paper yang ada kat depan aku tu,aku pun mula la nak jawab soalan...soalan dia ada 2 bahagian tau!
bahagian satu yang ABC apa tu la..mesti ampa kata senang an??
yala..bulat2 ja pun..hehe..
aku pun mula2 macam tu la...tapi bila da baca soalan,mak aiii~
susah glerrrr!!!!
level bahasa dia tinggi kot..nak kata tak paham langsung tu tipu la...memang la paham..tapi memang lama la nak paham satu soalan tu pun..
dia macam ni la...kita baca petikan,pastu kita jawab soalan...
petikan dia panjang 0o0...9 perenggan kot kalau tak salah aku semua..
hish~aku ni bukannya terer sangat bi nieh...
pi interview pun sekadar cuba nasib ja...
bayangkan la..semua soalan bahagian 1 tu ada 15 soalan...tapi 1 soalan aku ambik masa sekurang-kurangnya 5 minit gak la aku nak pikir...
aku tengok jam dah puk0l 230..tapi aku baru soalan 8 wei!!
macam nak nangis pun ada time tu...:(
tu belum masuk bahagian 2...tapi bahagian 2 ni bagi aku agak senang la tajuk dia...
walaupun dia suruh buat esei..tapi tajuk dia simple..tak serabut otak la nak pikir..
tajuk dia faedah social networkings..
hehe..agak mudah an??
tapi nak tau??
yang ni pun aku tak sempat nak jawab!!!!!
geram wei...tapi tak la tak sempat nak jawab semua...sempat tu sempat...tapi tak dak masa nak elaborate isi wei...ayat aku pun tah papa...penutup aku pun simple sangat2 wei...
tapi time kalut2 macam tu pun,ada gak orang mintak helaian tambahan??
wow!!
aku memang tabik spring la kat depa tu...
mesti depa pandai glerr bi an??
mesti bagi depa soalan yang aku anggap susah glerr tu,kacang goreng ja an??
jeleznya aku...=='
tapi tak pa la...aku sedar sapa aku...(ceii...,buat ayat pasrah lak kat sini..:p)
dah habis ujian tu,tiba la masanya untuk ujian lisan!!

waa~time ni kecut per0t mang taktau nak cakap la...hehe..
aku an panel 6,so,bilik nterview aku bilik M311 kot kalau tak salah aku la...hee~
time tengah tunggu giliran nak masuk interview tu la aku dapat berkenalan ngan kawan2 baru...:)
hehe...patut la depa lancar ja speaking..rupanya ramai budak convent wei...
mang tak layak la aku ni...hmm...
depa duk sembang ngan aku pun speaking..ish3..terer n0h..jeal0us aku...
depa cakap ngan aku bhasa omputih...tapi aku cakap ngn depa bhsa mlayu ja..hehe..:p
nombor giliran aku nombor 7 aw!
jadi tak lama sangat la aku nak tunggu..
bila tiba giliran aku,aku pun masok la dalam bilik tu sl0w2...
jalan pi kat meja panel tu pun seayu yang boleh la..haha..:p
senyum ja...
ada 2 orang panel yang duk temuduga aku...
sorang india,sorang melayu..
yang india ni la banyak cakap...yang melayu tu tak sangat..tapi banyak kali gak la aku perasan dia duk tengok aku...hehe..
maybe sebab aku banyak err...err..haha..
soalan apa dia tanya??
hehe...soalan yang aku kena takdak la susah sangat aku rasa..
syukur la an..
dia just tanya pasal keluarga aku,sekolah aku,tempat tinggal..
pastu ada la jugak dia tanya apa yang aku paham pasal tesl nieh..
aku ada pengalaman mengajar orang ka...
emmm..yang tu ja la kot soalan dia...
simple an??
haha...syukur alhamdulillah sangat2..
tapi nak tau apa??
ayat aku time jawab semua soalan tu berselerak wei!!
jujur aku cakap...masuk dalam tu,otak aku macam blurrrr~
kosong gila...bayangkan perkataan sorry pun aku boleh terlupa..
padahal perkataan tu yang kerap aku sebut..
terok kan??
dah sorry aku lupa aku kata la appology...xtau la betol ka tak..
perkataan tu ja terlintas time tu...
hehe...sekali ngan aksi pun aku buat nak tunjuk kata aku memang mksudkan mintak maaf...
hehe...dan dia angguk!
time nak keluar tu ada la dia cakap all the best..
aku snyum ja...
bila ayah aku,family aku tanya konfiden tak boleh dapat??
aku taktau wei...aku senyap ja...
serba salah pun ada..
kita sepatutnya kena konfiden ngan diri sendiri...
tapi aku??
tah la....
kalau ada rezeki tak kemana..
kalau aku tak dapat sekali pun tesl nieh,mungkin ALLAH dah tentukan yang lebih baik dari course ni untuk aku an??
jadi,dapat atau tak bukan masaalah bagi aku!
kalau dapat,memang la bersyukur sangat2!!
tapi kalau tak dapat,mungkin rezeki aku bukan dalam bidang tesl nieh..
ALLAH lebih mengetahui an??
jadi biar la DIA ja yang tentukan...
yang penting aku dah berusaha sehabis mungkin..:)

gua tempurung!!(entry bergambar)

assalamualaikum!

nak tau dak,nak tau dak??
haaa~hari sabtu ritu aku pi meneroka gua tempurung!
besttttt~
hehe...

rugi la sapa tak pi tu...
ramai gak la kami pi ari tu,9 orang..
bertolak dari lumut dalam pukul 8 lebih2 camtu la..sampai kat gua tempurung tu pun pukul 10 lebih2 gak..hee~
sampai ja sana,maklang aku pi beli tiket..

kat kaunter tu dia kata kalu nak masuk dalam gua WAJIB ada torclight..
sekurang-kurangnya dua orang satu...

jadi,memandangakan hari tu kami terlupa nak bawa torchlight terpaksa la beli..
hmmm..kaya la makcik jual torchlight tu..hehe..:p
pastu kami pun duk tunggu la kat luar gua tu...tunggu giliran nak masuk la..
haa..kalau nak tau,kat situ ada 4 tour...

1st tour tu xdak la mencabar sangat..nama dia "golden flowstone"..

lebih kurang 40 minit ja pi ngan balik...
sat ja an??konfem x puas!haha..

2nd tour lak nama dia "top of the world"
yang tu lak,lebih kurang 1 jam 45 minit pi ngan balik...
dua2 tour tu tak mencabar wei..kalu nak pi,pi yang tour ke3 ngan ke4..
baru basah kuyup~hehe..
3rd tour nama dia "top of the world& short river adventure"
perjalanan pi ngan balik lebih kurang  2 jam setengah..

4th tour,yang aku ikut nama dia "grand tour"
perjalanan pi ngan balik lebih kurang 3 jam setengah..

haa~amacam??best an...hee~
k,bila dah masuk dalam tu.ada la tour guide yang guide kami...kalau tak,memang sesat la jawab dia..:p
nak tau tak,dalam tu an ada 2000++ anak tangga~haa...penat gak mendaki...tapi anak tangga tu termasuk yang turun sekali la...

kalau tak,semput~

haa~nampak tak macam tulisan cina tu??
tu la peninggalan komunis dulu..
depa tak dak keja duk pi conteng dinding gua~
haha..:p
nampak dak??
macam muka perempuan an??
hebat sungguh kuasa ALLAH~
ni ada kat dinding gua tempurung tu la...
ni lak bentuk dia macam jellyfish an??
cuba tengok betul2..
an3??
haa..tu nampak macam orang tua duk pegang tongkat..
nampak dak??
ala..nampak la...
dia duk terbongkok..pastu pegang tongkat dia..
nampak??
nampak dak cangkul2 kecik2 tu??
haa..tu la alat2 pelombong biji timah dulu..
depa tertinggal kot~
hee..
kat sini sejuk ja..
nak tau sebab apa??
aku pun tak tau..hehe..
tapi,kalau duk sini sejuk ja...rasa angin..
best~
tapi kalu ikut tour guide tu la an...ada pressure~
sebab tu la angin tu boleh jadi kuat kat situ..:)
yang ni pulak..
hampa kenai dak osama laden??
ha~kat dalam gua pun ada dia tau..
dalam gambar nampak tak jelas sangat wei~
tapi kalu duk depan mata,jelas gila..
boleh nampak sebijik2..
memang betol macam dia~
kuasa ALLAH an...
tu nampak dak pelekat hijau kat baju aku tu??
GT tu maksud dy grand tour la...
hehe..
ni la laluan yang aku lalu!
bez o0o..
haha..
time ni mang merangkak,menyulur,jalan itik semua ada..
hehe..
ni baru la nama dia adventure~
lepas ja kelur daripada air2 semua tu,aku pun ambek la port..
nak buat apa??nak buang pasir dalam kasut l0rr~
haha..:p
pastu,aksi snap2 pun bermula la...:)
dalam air~
sejuk ja..:) 
tengok??
cukop 9 orang..
hehe..
haa~ni kat hujong gua!
time ni lapar tak terkata la an...
hehe..
makan ja makanan bekal yang bawak  tadi..
tak masuk air pun..:)
perot dah kenyang,op c0z la men air~
:p
pastu,semua pun mula la perjalanan balik..
tengok gambar atas tu..
haa...takut o0i~
licin...nasib baik la ada orang tolong sambut kat bawah..
kalau tak,jatuh sakit la punggung aku..:p
curam o0o~
ni lak nama di lubang tikus!
hee~
sempit gak la lubang tu...
tapi as usual..
mesti ada orang sambut kat bawah tu..
hehe...
time ni memang tak lambat dah nak sampai keluar~
hehe..
bez 0o~
sungai yang kat luar gua tu,laju gila air dia!!
aku pun banyak kali gak la nak hanyut..
hee~
keluar ja gua tempurung,penat wei~
tapi best!!
haa~lepas salin baju,solat semua,
kami pun mula la perjalanan balik lumut~
otw tu,singgah makan dulu la an..
hehe..
pastu,maklang aku saja la bawak pi kellie's castle..
tapi tak masuk pun..
sebab depa tak mau masuk..
penat wei~
masing2 muka letih ja aku tengok..
hehe..
naik ja keta balik,mata aku pun lelap terus!
sampai la rumah..
hee~
tu ja la k0t kali nieh!
gua tempurung memang best!!
tak rugi wei pi situ~

sorry kalu lambat loading~gambar banyak...hehe..:D
 pic source:google image(sikit2 la aku amek..:p)