luahan hati

kehidupan. kehidupan kita sebagai manusia atas muka bumi ni berbeza2 kan..
pandai ALLAH atur..semua orang akan lalui umur yang sama...alam kanak2,alam remaja,alam dewasa..tapi setia alam yang dilalui tu mesti peristiwa yang berlaku berbeza-beza kan??

hee~ terus terang aku cakap aku bersyukur sangat dengan kehidupan aku sekarang..biar la serba sederhana..janji berdikari..kan??ta mengharapkan orang lain..
family yang sentiasa support aku..sayang aku..layan aku..tq!

tapi semakin banyak yang kita lalui,makin banyak yang kita tempuh,makin banyak yang kita belajar..
dan aku pun bersyukur sebab aku kerja dekat tempat yang sentiasa membuatkan aku sentiasa insaf..
orang cakap jrururawat ni bagus...sebab apa..sebab kita banyak tolong orang..tapi semua tu bergantung pada niat tau..bagi aku kerja ni memang bagus,tolong orang,rawat orang sampai sembuh...tapi apa jadi kalau kita tak ikhlas?? semua tu sia2 kan?? yang nak dapat pahala berganda2 pun jadi dapat dosa dah..kan tak bagus tu...yang kesiannya dekat patient la..
jadiii,sebelum pi kerja tu kan,kena istighfar banyak2..ikhlaskan hati...niat nak tolong orang kerana ALLAH. cakap senang la..tapi yang namanya ikhlas tu paling payah nak buat tau..

kadang tu pelik tau,awat la macam2 benda buruk jadi..rupa-rupanya sebab ALLAH rindu rintihan kita..ya lah,dulu time study selalu sangat aku bangun buat solat malam..kadang tu tiap malam tak pernah miss..tapi sekarang,bila dah penat kerja ,susah sangat nak bangun solat malam..sedih pulak bila ingat balik..ya lah,dulu time duk susah2 selalu ja aku mengadu dekat ALLAH..sekarang ni,bila dah kerja,dah stabil sikit,dah lupa dah semua tu..bukan tak pernah set alarm nak bangun..tapi bila dah bangun tu,boleh pulak tutup alarm ja??geram pulak dengan diri sendiri tau..sayang sangat nak tinggai tidur tu..

tapi orang cakap nak berubah tu payah kan??so,kena la bersabar...tahan sikit kan..bila dah terbiasa,ok la..hihi~

post kali ni bukan nak cerita apa pun sebenarnya..hanya luahan hati nak motivate diri sendiri..
dan nak ubah diri tu ke arah yang lebih baik,aku dah kurang dah beli novel cintan cintun tu..hee~
dah mula bli buku2 ilmiah..at least dapat la pengajaran sikit..berbanding novel cintan cintun tu kan,asyik nak berangan ja kerja..
haha..dah aku ni kuat berangan..haha..buang masa!

emm..tu ja kot,babai~

No comments :